Skip to main content

6 Tindakan Perlu Anda Buat Bila Suami Curang!

Bila Suami CurangBila Suami Curang. Nauzubillah min zalik. Minta dijauhkan Allah sama sekali, walaupun Mamanet tahu para suami di muka bumi ini punya potensi untuk  berlaku curang!

Apalah yang akan terjadi pada isteri bila suaminya curang?Tak dapat nak Mamanet bayangkan bagaimana perasaan para isteri yang dikhianati oleh suami tercinta.Pasti rasa sakit itu menembus relung hati yang sangat dalam.

Jika anda berhadapan dengan masalah ini, nasihat Mamanet jangan terburu-buru membuat keputusan.Tak adalah masalah yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Semoga tip Bila Suami Curang ini dapat membantu anda yang sedang bergelut dengan rasa hampa dan kecewa akibat dikhianati suami sendiri.

Bila Suami Curang, Anda Patut Buat…

  1. Cuba Bertenang

Bawa bertenang.Jangan terburu-buru mengamuk ok, sehingga ambil keputusan untuk keluar dari rumah.

Cara terbaik, awasi gerak-geri suami dan cuba cari seberapa banyak informasi yang boleh dipercayai sumbernya. Jika perlu, cari bukti-bukti kukuh seperti WhatsApp, mesej dan sebagainya. Bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

  1. Bersemuka

Kalau dah dapat tahu suami curang, janganlah pula anda diam dan bersikap pasrah sahaja Lagilah sang suami ‘naik lemak’ sebab beranggapan anda tak kisah, seolah-olah anda merestui hubungan tersebut. Jadi,jangan terlalu nak pasrah sangat jika nak rumahtangga anda retak. Segera bersemuka dan nyatakan pendirian anda. Jika dia masih sayang dan hormati anda, dia akan bertolak ansur dan sama-sama cari jalan penyelesaian.

3.Elakkan Berkongsi Rahsia

Biarpun anda terlalu tertekan, tapi pilihlah orang yang tepat untuk anda berkongsi cerita dan kesedihan itu. Bercerita masalah dengan semua orang atau sembarangan akan membuatkan keadaan jadi bertambah buruk. Apatah lagi bila anda jaja cerita di facebook. Oh, jauhkanlah. Bayangkan bila anda berbaik semula dengan suami, pasti ada mulut-mulut yang masih menjaja cerita anda. Bukankah memalukan? Kawan baik pun belum tentu boleh dipercayai. Jadi, baik anda tutup mulut. Tutup mulut ertinya anda tutup aib suami dan aib anda sendiri.

  1. Gunakan Kuasa Bukti

Lelaki biasanya ego. Susah nak mengaku bila buat silap. Maka bukti amat penting untuk menguatkan hujah anda. Setelah mendapat semua bukti yang sahih tentang kecurangan suami, tunjukkan padanya. Berbincanglah dengan tenang, dari hati ke hati. Minta suami berikan penjelasannya yang jujur dan tanyakan apakah langkah seterusnya yang ingin diambil setelah kecurangannya berjaya anda hidu.

  1. Jangan Buat Sesuatu Yang Bodoh!

Bawa bersabar dan beristighfar. Meminta cerai dan sebagainya merupakan tindakan merugikan anda. Anak-anak anda masih memerlukan perhatian dan kasih sayang anda dan suami.

Jika boleh, cubalah untuk mempertahankan perkahwinan anda. Anda juga perlu mengkaji diri apa kekurangan anda selama ini dan perbaikinya. Bertahan, dan teruslah berusaha memperbaiki kembali hubungan tersebut jika suami masih ingin bersama dengan anda serta berjanji tidak akan mengulangi kecurangannya lagi.

  1. Tetap Tabah Dan Percaya Pada Ketentuan Ilahi

Inilah lumrah kehidupan. Hidup memang tidak selamanya lurus, bebas tanpa simpang siur. Segala-galanya sudah diatur oleh Yang Maha Esa.

Adakalanya ia berlaku tanpa kita sangka dan percaya, tetapi ia memang sudah dirancang oleh Tuhan. Jalan hidup dalam perkahwinan anda, sudah tercipta begitu.

Segala rasa sakit hati,terluka, hampa yang anda rasakan itu, pasti anda hikmahnya. Dekatkan diri anda kepada-Nya, mintalah petunjuk terbaik daripada-Nya. Tidak semua orang  diuji kesabaran dengan dugaan yang sebegini rupa, dan anda adalah insan terpilih.

Jika jodoh anda dan suami, hanya setakat di situ ikhlaskan hati anda untuk menerima ujian ini dan Allah pasti akan memberikan anda  yang terbaik di hari akan datang.

Artikel ini ialah sambungan daripada yang lepas. Klik untuk membaca Tanda Lelaki Curang

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...