Skip to main content

5 Cara Membersihkan Karang Gigi Dengan Cepat

Membersihkan karang gigi memang susah kalau sudah dibiarkan begitu lama, namun tetap ada cara untuk membersihkannya dan perlu dilakukan dengan kerap sehingga gigi anda benar-benar bersih.

Membersihkan karang gigi
Gigi putih dan bersih tanda anda sihat dan bebas daripada karang gigi.

Tahukah anda bahawa masalah gusi berdarah dan bau mulut adalah berpunca daripada karang gigi? Biasanya ia berwarna kekuningan dan jika tidak segera dibersihkan, lama-kelamaan warnanya boleh berubah menjadi coklat kehitaman.

Cara Membersihkan Karang Gigi

Disebabkan masalah ini boleh menjadi semakin serius, ada baiknya anda mencuba cara membersihkan karang gigi secara semulajadi ini.

Terus-terang, Mamanet memang cerewet sikit tentang soal penjagaan gigi. Mamanet akan rasa macam tak confident  nak senyum lebar jika gigi Mamanet nampak kuning atau kurang bersih.

Jadi, sebab itulah kalau anda tengok gigi Mamanet, anda pasti akan kagum. Sentiasa putih, bersih dan sihat!

 

Cara Membersihkan Karang Gigi Yang Boleh Anda Cuba:

1. Rutin Menggosok Gigi

Gosok gigi secara ruti, sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Gosok gigi dengan teknik yang betul iaitu secara merata dengan mengarahkan berus gigi pada arah yang tepat.

Gosokkannya ke bawah dan ke atas dan gosok bahagian dalam gigi, permukaan gigi yang digunakan untuk

mengunyah dan bahagian dalam lainnya secara merata.

Membersihkan karang gigi
Gosok gigi dengan betul dapat mengelakkan karang gigi.

2. Berkumur Selepas Makan

Berkumur merupakan cara yang paling berkesan untuk membersihkan karang gigi Ia dapat mengikis karang gigi serta menghapuskan sisa makanan yang menyebabkan karang gigi.

Lebih bagus lagi jika anda turut mengunakan ubat kumur, yang mana sudah terdapat zat aktif penanggal karang gigi sehingga membuatkan karang gigi menjadi lebih cepat hilang.

 

  1. Makan Buah-Buahan Bervitamin C

    Membersihkan karang gigi
    Makan buah-buahan dapat mengurangkan masalah karang gigi.

Pengambilan buah epal memang baik untuk kesihatan gigi. Gigi anda bukan sahaja putih, tetapi juga bersih

daripada karang gigi.

Makan buah-buahan bervitamin C ini seperti epal, jambu batu, oren, strawberi dn lain-lain lagi secara teratur.

 

  1. Campuran Baking Soda Dan Garam

Baking soda boleh dimanfaatkan untuk membersihkan karang gigi dengan semulajadi.

Campurkan satu sudu makan baking soda dengan sedikit garam. Kemudian ambil berus gigi dan basahkan sedikit, celupkan ke dalam campuran baking soda tadi. Gosok gigi dengan campuran tersebut, kemudian kumur-kumur lah.

 

  1. Kulit Oren

Selain rasa buah oren yang segar dan manis, ternyata kulitnya juga mempunyai banyak khasiat. Salah satunya boleh membersihkan karang gigi secara efektif.

Anda hanya perlu menggosok kulit oreng bahagian dalam pada gigi secara merata. Lakukan secara rutin, sebaiknya selepas anda makan kerana ia juga efektif untuk menghilangkan bau mulut.

 

Tip Mencegah Karang Gigi

  • Berkumur selepas makan dengan air.Selain dapat membersihkan karang gigi, ia dapat juga membantu menghilangkan bau mulut.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergula tinggi dan bertepung.
  • Minum air masak secukupnya. Ia akan membantu membuatkan sisa-sia makanan tidak melekat pada gigi serta menyebabkan karang gigi.
  • Lakukan pemeriksaan gigi secara rutin, 6 bulan sekali. Jika karang gigi sudah mula melekat, doktor gigi akan membersihkannya.
  • Rajin menggosok gigi sebelum dan selepas bangun tidur supaya sisa-sisa makanan tidak terkumpul dan melekat sehingga menyebabkan terjadinya karang gigi.
  • Elakkan merokok. Jika anda perokok tegar, sudah pasti gigi anda penuh dengan karang gigi. Tembakau dan asap rokok boleh menyebabkan karang gigi dan gigi kekuningan.

 

Sebenarnya kunci utama untuk mencegah masalah plak dan karang gigi adalah dengan menjaga pola makan dan gaya hidup.

Apabila pola pemakanan dan gaya hidup anda berjalan seiringan sudah tentu anda dapat meminimumkan  masalah tersebut.

Semoga info membersihkan karang gigi ini bermanafaat dan selamat mencubanya di rumah.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .