Skip to main content

Membuat ebook kanak-kanak

Membuat ebook kanak-kanak dengan power point bukanlah satu perkara yang sukar. Cuma anda mungkin belum tahu bahawa power point boleh digunakan untuk menghasilkan buku.

Membuat ebook kanak-kanak
Kindle Amazon memberi peluang penulis terbit buku sendiri.

Soalannya, bolehkah ia berlaku? Jawapannya, pasti boleh! Ramai yang telah membuktikannya.

Dengan sedikit ilmu dan kegigihan, kerja-kerja desain dan mengedit gambar boleh dilakukan oleh Power Point dengan baik. Walau pun tidak sehebat perisian canggih Photoshop dan Ilustrator, hasilnya tetap menakjubkan. Membuat ebook kanak-kanak dengan power point memang mudah!

Pokoknya, membuat ebook kanak-kanak dengan power point adalah sangat mudah. Bukan ALAT apa yang digunakan tetapi SIAPA yang menggunakan. Jika anda benar-benar mahu mencuba, di sini saya turunkan 10 langkah bagaimana membuat ebook kanak-kanak dengan power point dan menerbitkannya sendiri.

10 Cara membuat ebook kanak-kanak

dengan power point

1. Sediakan gambar dan teks untuk buku.

Fikir dan rangka topik yang anda mahu tulis dan menjadikannya sebuah buku. Tulis di dalam MS. Sediakan gambar yang berkaitan. Boleh edit terlebih dahulu atau pun edit sewaktu anda membuat layout. Simpan gambar di dalam folder khas untuk projek ini. Contoh Buku ABC.

Baca artikel sebelum ini tentang sumber Gambar Percuma.

2. Langkah kedua:Membuat desain dan layout buku.

Power Point menyediakan pelbagai kemudahan lengkap sehenti untuk proses layout. Dari segi format dan editing gmbar sangat mudah dipelajari dan dilakukan. Sangat mesra pengguna.

3. ‘Copy & paste’ muka surat untuk dijadikan buku.

Templete untuk muka surat pertama boleh disalin sebagai muka surat kedua dan seterusnya. Hanya perlu tukar warna,teks dan gambar sahaja.

4. Buat title page dan cover.

Sebelum membuat buku, sangat penting untuk kita memahami format atau mempunyai format tertentu untuk buku yang hendak ditulis.

5. Buku siap.

Jika teks dan gambar sudah tersedia, anda hanya memerlukan masa lebih kurang sejam untuk membuat layout dan ‘publish’ ebuku anda. Sejam ini tertakluk pada buku kanak-kanak di bawah 20 muka surat.

6. Buat fail pdf buku tersebut.

Setelah semua siap, boleh pdf ebook anda terus dari Power Point. Dapatkah anda fahami tentang cara membuat ebook kanak-kanak dengan power point setakat ini?

7. Buat cover jpeg untuk Kindle.

Bagi yang tidak membuat ebook terus menggunakan ebook creator, anda perlu menyediakan satu keping cover berasingan dengan set fail psf tadi.

8. Grupkan cover untuk jadikan cover Kindle.

Salin saja cover asal dan pindha ke fail cover baru mengikut saiz template Kindle dan save jpeg.

9. Daftar untuk  muat turun ebook anda ke Kindle.

Jika anda belum mendaftar, daftarlah secara percuma di Kindle Amazon sebelum anda dapat muat naik fail anda.

10. Tukar pdf file kepada Mobi menggunakan Kindle Kid Creator.

Langkah akhir, muat naik fail anda dengan menukarnya fail kepada Mobi mengikut arahan Kindle.

Selesai!

Mudah tak? Jika tidak faham, ikuti lagi penerangan lanjut Mamanet seterusnya.

Mahu jadi penulis? Baca ini

 

[columns] [span6]

Ingin jadi penulis? Baca ini.Tawaran menjadi penulis

[/span6][span6]

Ingin buat website sendiri? Baca ini.Dapatkan konsultansi percuma hari ini!

[/span6][/columns]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...