Skip to main content

Butik Chenta Lunar, Lubuk Baju Raya Di Seksyen 7 Shah Alam

Butik Chenta Lunar

Butik Chenta Lunar menawarkan pelbagai koleksi baju raya yang cantik dengan harga yang berpatutan.Kurang lengkap rasanya jika tidak menyarung baju baru dalam merayakan hari kemenangan itu nanti!

Membeli baju baru sebagai baju raya untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi tradisi yang turun temurun sejak dulu lagi. Jadi, tidak hairan menjelang hari raya, butik-butik pakaian sering diserbu oleh pembeli yang mahu mendapatkan baju yang terbaik untuk digayakan di Aidilfitri nanti.

Butik Chenta Lunar

Jom Singgah Ke Butik Chenta Lunar

Bagi yang masih mencari-cari lokasi untuk membeli baju raya, bolehlah ke Butik Chenta Lunar. Terletak bersebelahan dengan PKNS Biz Point, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7 membuatkan butik ini senang untuk dicari.

Artikel Lain: Buffet Ramadhan 2023- Dewan Bankuet MBSA,Shah Alam

Butik Chenta Lunar

Mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H, butik ini menawarkan konsep “Celestial In Style”, tanpa mengabaikan ciri-ciri kesopanan serta kesederhanaan.Ia turut memberikan anda banyak pilihan untuk mendapatkan baju raya.

Anda pasti rambang mata bila melihat pelbagai pilihan baju kurung, jubah, kaftan, kimono, blouse, jubah, skirt, baju kurung kanak-kanak, shawl dan baju kurta lelaki pun ada. Tambahan pula dengan rekaan dan pilihan warna yang menawan serta promosi hari raya yang ditawarkan itu.

Baju Raya Kanak-Kanak

Konsep baju raya, “Mother Daughter Type” yang telah dilancarkan awal Ramadan lalu dengan harga RM150 ke bawah mampu memberikan kemudahan kepada kaum ibu dan bapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung. 

Artikel Lain: Cara Menurunkan Kolesterol Tanpa Ubat

Baju Raya Kanak Kanak

Bersempena hari raya yang bakal tiba juga, Butik Chenta Lunar turut menawarkan sesuatu yang menarik jika anda berbelanja melebih RM150 ke atas, free gift istimewa sedia menanti para pembeli.

Baju Raya

Bagi pelanggan yang ingin tampil dengan gaya lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ seperti menambah manik, lace dan sebagainya, Butik Chenta Lunar sedia menerima tempahan. Perkhidmatan sebegini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainannya.

Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan tempahan seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaids, baju graduasi dan juga baju korporat.

Kuih Raya

Apa yang ditunggu lagi? Datanglah bershopping ke lubuk baju raya di Seksyen 7 Shah Alam dan singgahlah ke Butik Chenta Lunar,sesuai buat sesi keluarga yang ingin mencari kelengkapan raya tanpa perlu bersesak-sesak!

Waktu operasi bermula pada jam 11 pagi sehingga 10.30 malam, sepanjang bulan puasa ini dan tutup pada setiap hari Isnin.

Baju Raya

Nak tahu lebih banyak promosi hebat yang dibuat, jangan lupa follow~

Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar

Instagram: www.instagram.com/chentalunar

Tiktok: www.tiktok.com/chentalunar

Pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .