Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

EYE MO MENDIDIK DAN MEMPERKASA RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERTEGAS MENDAPATKAN "YANG SEBENAR"

Eye Mo Bekerjasama Dengan Luqman Podolski Melancarkan Kempen “The Real Thing”. Dalam kehidupan seharian, adakah anda pernah menginginkan sesuatu tetapi diberi sesuatu yang lain?  Mungkin pernah. Namun adakah anda perlu menerimanya? Sudah tentu tidak, kerana hati anda mungkin berkata bahawa itu bukan apa yang anda mahukan.  Sama seperti apabila anda meminta jenama tertentu dan diberikan jenama yang seakan sama, tetapi sebenarnya berbeza. Setiap kali anda menerima jenama yang anda tidak mahu, anda tahu anda berkompromi. Sebabnya serupa tidak bermakna sama. Eye Mo ialah jenama terkemuka dan telah berada di pasaran selama beberapa dekad dan menjadi jenama isi rumah untuk rakyat Malaysia.  Jenama ini sangat sinonim dengan ubat titis mata sehingga ramai pengguna menggunakan istilah “Eye Mo” untuk merujuk kepada ubat titis mata sebagai satu kategori, bukan sekadar produk. Oleh itu, selalunya apabila rakyat Malaysia meminta Eye Mo, mereka ditawarkan produk...