www.123mamanet.com Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun sebuah syarikat tempatan yang sememangnya menjadi inspirasi kepada semua. Sejarah jenama HABIB bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif telah membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kawasan tersebut sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar ‘Jewellers’ Corner’. Datuk Haji Habib seorang yang berpandangan jauh dan berani untuk tampil berbeza. Keadaan selepas perang dunia kedua begitu mencabar dan beliau memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling. Bilik pameran pertama HABIB di Pitt Street, Penang Melalui pemerhatiannya, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga barangan kemas dan setiap pelanggan yang meninggalkan kedai pastinya diiringi senyuman kegembiraan. Beliau sedar bahawa orang ramai membeli barangan...