Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

SELAMI 1001 KISAH SEJARAH NEGERI SELANGOR

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 yang jatuh pada tanggal 31 Ogos ini, Tourism Selangor menampilkan destinasi di Negeri Selangor yang kaya dengan 1001 kisah sejarah seperti senarai yang berikut yang boleh anda jejaki pada suatu masa kelak bagi menyemarakkan semangat patriotisme anda ! 1. Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor Pekan Kuala Kubu Bharu telah ditadbir oleh Residen British yang terawal seperti Presiden Frank Athelstane Swettenham. Di sini juga telah didirikan sebuah kubu pertahanan Raja Mahadi dalam Perang Saudara yang terjadi pada tahun 1867-1874. Pekan ini juga pernah ditimpa bencana bah yang teruk yang mengikut legenda adalah disebabkan tindakan seorang Pegawai Inggeris, Cecil Ranking yang telah membunuh buaya putih yang dianggap sebagai penjaga penduduk Kuala Kubu yang lama.  Terdapat beberapa destinasi di sini, antaranya Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu di mana anda boleh mendalami kisah sejarah Pekan ini. Ban...

RAIKAN #MYCadburyFlavours DENGAN Cadbury DAIRY MILK PANDAN KELAPA BARU

Cadbury Dairy Milk dengan bangganya memperkenalkan inovasi terbaru mereka, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa yang menggabungkan kehalusan coklat susu dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma untuk meraikan rasa yang membentuk identiti negara kita. Dengan perisa baru ini, Cadbury Malaysia ingin membangkitkan sifat murah hati rakyat Malaysia bagi menyokong penjaja-penjaja kuih tempatan yang terjejas akibat pandemik yang sedang melanda ketika ini menerusi inisiatif yang bertemakan #MYCadburyFlavours. Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa adalah varian edisi terhad ketiga yang dihasilkan mengikut cita rasa para peminat coklat di Malaysia oleh Cadbury Malaysia susulan sambutan hangat terhadap Cadbury Dairy Milk Kopi C dan Cadbury Dairy Milk Durian yang mula diperkenalkan sejak 2018. Keenakan coklat susunya yang halus digabungkan dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma menghasilkan satu rasa ikonik warisan tempatan yang sentiasa digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira genera...