Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

CUBA 6 IDEA BENTO BOX YANG SEDAP & MENYELERAKAN DARIPADA AYAM BRAND

Mencari-cari idea bekal makan tengah hari untuk anak-anak  ataupun diri sendiri? Jom pilih Ayam Brand sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.  Resipi yang dibawakan oleh AyamBrand berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.  Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.  Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini...

Jom Lawat 5 Muzim Bersejarah Di Negeri Selangor

Terdapat banyak muzium bersejarah yang dapat dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan negara Eropah.  Lawatan bersejarah ke Malaysia tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan kenangan bermakna serta signifikan. Dengan adanya muzium sejarah, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat.  Berikut senarai muzium yang boleh dilawati di Negeri Selangor: 1) MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor.  Kini ia berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan.  Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 p...