Jika anda sedang berdiet, ada beberapa jenis makanan yang perlu dihindari bagi mencapai hasrat anda untuk kurus! Sewaktu berdiet kita sememangnya perlu memilih makanan yang tidak boleh menggagalkan diet kita. Kita kena ingat, bukan semua jenis makanan yang kita makan itu bagus untuk diet. Jenis makanan yang paling perlu kita hindari ialah makanan yang mempunyai kalori tinggi dan mengandungi lemak yang tinggi. Lagipun makanan ini bukan sahaja menyebabkan kegemukan. Malahan kebanyakannya tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang kita apabila diambil secara berterusan dalam tempoh lama. BERIKUT BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG PERLU DIPANGKAH SEPANJANG KITA MENJALANI PROSES DIET: NASI PUTIH Nasi putih perlu kita elakkan kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kadar gula kita meningkat. Jika mahu menikmati nasi, pililah. Kalau kita sedang berdiet lebih elok jika kita menggantikan nasi putih dengan beras perang atau bijirin gandum. MAKANAN BERLEMAK Makanan berlema...