Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

PPZ-MAIWP CAPAI KUTIPAN ZAKAT 2018 POSITIF DAN CEMERLANG

Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis pengumuman kutipan zakat PPZ-MAIWP bagi tahun 2018. Majlis tersebut telah  dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof bersama Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan / Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Apa yang lebih membanggakan pencapaian kutipan zakat PPZ-MAIWP untuk tahun 2018 memperlihatkan peningkatan, berbanding tahun-tahun yang lepas iaitu pertambahan 6% berbanding tahun 2017 dengan jumlah kutipan sebanyak RM615,199,108.06. Hal ini jelas menunjukkan semakin ramai masyarakat, khususnya yang beragama Islam sedar akan kepentingan melaksanakan tanggungawab rukun Islam ketiga ini.   REKOD KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP BAGI TAHUN 2018 Bil Perkara   2018(RM) 2017(RM) Kenaikan  2018/2017  % 1. Kutipan Zakat 6...