TimeWise® Miracle Set 3D™ adalah revolusi kulit cantik anti-aging terkini daripada Mary Kay. Ia dikatakan mampu mempertahankan, memperlambatkan dan membuktikan kulit anda kelihatan muda lebih lama. Sebagai wanita kita pasti mahu memiliki kulit yang sentiasa sihat dan cantik. Namun, tanpa disedari pertambahan usia membuatkan pengeluaran kolagen di dalam tubuh menjadi semakin berkurangan. Dan tahukah anda yang hanya 20 peratus penuaan kulit yang kelihatan disebabkan proses penuaan semulajadi? Ini bermakna faktor lain datang dari kehidupan seharian. Sinaran UV, pencemaran, debu, pemakanan, merokok, kekurangan tidur dan tekanan – semua ini merupakan faktor yang mempercepatkan proses penuaan, yang boleh membawa kepada penuaan kulit pra-matang. Disebabkan kita tak dapat menghentikan masa, Mary Kay telah menemui cara untuk kita melambatkannya. Rahsia Kulit Cantik Dengan TimeWise® Miracle Set 3D™ * MEMPERTAHANKAN kulit dari radikal bebas yang mempercepatkan pen...