Suka makan spaghetti? Kali ini Mamanet kongsikan satu menu istimewa oleh Curtis Stone, yang mana bakatnya telah dicungkil menerusi Top Chef Jr. Resepi spaghetti ayam dengan sos pesto yang dihasilkannya ini sungguh enak dan anda patut mencubanya! Top Chef Jr, pertandingan memasak realiti yang berasaskan konsep yang sama seperti program Top Chef yang pernah memenangi Primetime Emmy Award.Dalam siri tersebut kita akan mengikuti perjalanan 12 kanak-kanak yang berbakat berusia antara 11 hingga 13 tahun yang bertanding antara satu sama lain untuk menjadi Top Chef Junior yang pertama. TOP CHEF JUNIOR — Episode 106 — Pictured: (l-r) Head Judge Curtis Stone, Guest Chef Joshua John Russell, Fuller Goldsmith — (Photo by: Dale Berman/Universal Kids) Program ini dihoskan oleh pelakon Vanessa Lachey, dengan Top Chef Masters dan pengacara Top Chef Duels, Curtis Stone sebagai ketua hakim. Curtis Stone (lahir 4 November 1975) mula belajar memasak sejak kecil dibawah bimbingan ibu...