Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

9 MAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENGANDUNG DAN SI MANJA

Sepanjang kehamilan banyak perkara yan perlu kita berikan perhatian supaya kandungan terjaga dengan baik. Salah satunya, bab makanan sihat untuk ibu mengandung. Sebenarnya bukan semua makanan boleh kita santap!   Ada makanan yang disarankan dan tidak disarankan buat wanita yang sedang mengandung. Bagi anda yang sedang mengandung, informasi tentang makanan sihat untuk ibu mengandung ini perlu diberikan perhatian.   Berikut 9 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung: 1. TELUR Sepanjang tempoh mengandung, pengambilan protein tidak sepatutnya kita hindari dari jadual pemakanan seharian. Protein diperlukan untuk pembentukan sel tubuh.   Cara paling mudah untuk mendapatkan protein adalah dengan menikmati telur. Di dalam telur mengandungi 12 vitamin dan mineral yang baik untuk ibu mengandung.   Di samping itu, kolin dalam telur juga dikatakan bagus untuk perkembangan bayi, otak dan sarafnya. 2. SUSU Pertambahan berat badan ketika mengandung membuatkan badan cepat penat, ter...

RISAU SEBAB TERLALU KURUS? CUBALAH 5 CARA CEPAT GEMUK!

Ternyata masalah berat badan bukan hanya sebab gemuk, tetapi juga bagi kita yang memiliki badan yang kurus. Ketahui rahsia cepat gemuk dengan membaca artikel ini sampai habis!   Biasanya orang yang kurus lebih sukar memiliki bentuk badan ideal kerana kita akan nampak kurus kerempeng!   Sungguhpun ingin menambah berat badan, tetapi kita kena juga tahu cara yang tepat atau betul. Lagipun untuk mencapai misi bentuk badan yang ideal kita perlu meningkatkan massa otot dan bukannya menambah lemak!   Di samping itu, kita yang berbadan kurus juga perlu tahu apa penyebabnya yang membuatkan kita jadi begitu. Kenal pasti penyebabnya, mungkin disebabkan metabolisme tubuh, faktor genetik dan sebagainya. Berikut Beberapa Cara Cepat Gemuk Yang Boleh Dicuba 1. Makan Dengan Teratur Kekurangan pengambilan makanan atau gaya makan yang tidak teratur boleh menajdi penyebab utama mengapa badan kita menjadi kurus.   Antara cara cepat gemuk yang perlu dipraktik, makanlah secara teratur tiga...

INILAH 7 PUNCA RAMBUT ROSAK KERAP DIALAMI WANITA BERHIJAB

RISAU RAMBUT KUSUT ATAU ROSAK KERANA KERANA BERTUDUNG? BAGAIMANA MENJAGANYA DENGAN BETUL SUPAYA RAMBUT KITA TERJAGA DENGAN BAIK? SEBELUM ITU, CUBA KITA PERHATIKAN APAYANG SERING MENJADI PUNCA RAMBUT ROSAK.   Janganlah takut atau risau sangat dengan masalah rambut rosak ini. Ini adalah kerana dengan bertudung kita bukan sahaja mendapat banyak manfaat keberkatannya. Malahan, kesihatan rambut kita juga terjaga.   Pemakaian tudung atau hijab dapat melindungi rambut kita daripada terdedah daripda sinaran ultra violet dan pencemaran udara yang menyebabkan rambut kering, kusut serta rosak.   Namun, sebagai wanita yang memakai tudung pada setiap hari kita memerlukan penjagaan rambut yang lebih ekstra dan rutin kerana rambut kita tertutup sepanjang hari.   Penjagaan rambut ini tidak semestinya kita wajib ke salon, sebaliknya boleh juga dilakukan di rumah.   BERIKUT BEBERAPA PUNCA RAMBUT ROSAK, KUSUT ATAUPUN BERKELEMUMUR:   PAKAI TUDUNG MASA RAMBUT MASIH BASAH Ramai ...