Nanowhite merupakan jenama yang dikenali wanita Malaysia dan menjadi pilihan bagi pengguna yang mengalami masalah pigmentasi kulit dan kebimbangan terhadap bintik-bintik gelap di wajah. Kulit yang bersih dan berseri adalah impian ramai wanita muda. Sungguhpun demikian, bintik-bintik hitam di kulit, hasil pigmentasi atau kesan jerawat menjadi halangan untuk mendapatkan kulit sempurna “bagai krim asas”. Prihatin dengan kehendak ini, Nanowhite memperkenalkan rangkaian baharu yang dipertingkatkan serta penampilan produk serba baharu. Turut hadir, produk utama terkininya, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum. Menerusi pengenalan serum baharu ini, ia berhasrat untuk memberikan hasil yang lebih baik dalam masa singkat. Telah Diuji Secara Dermatologi Dan Klinikal Nanowhite Spot Correction Advanced Serum telah diuji secara dermatologi dan klinikal untuk menyediakan keputusan terbukti pengurangan bintik-bintik gelap dan memastikan wajah yang lebih berseri dalam masa 4 hari. ...