Anda pernah dengar atau guna pembersih tangan Kirei Kirei?Kalau belum, sila ambil tahu ya! Kirei Kirei, yang bermaksud “Bersih Bersih” dalam Bahasa Jepun, adalah sabun buih pembersih tangan anti bakteria yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan ini. Sabun buih pembersih tangan ini adalah Jenama Pembersih Tangan No. 1 di Jepun dan boleh didapati di kebanyakan negara Asia seperti Korea, Singapura dan Thailand di mana ia turut menduduki tempat pertama bagi kategori pembersih tangan di pasaran masing- masing. Dilancarkan pada 1997, Kirei Kirei telah dihasilkan selepas beberapa siri wabak keracunan makanan yang berleluasa di Jepun akibat bakteria patogenik E.coli menjadikannya isu social yang besar pada tahun 1996. Selain menghasilkan produk yang menangani penyebaran bakteria, jenama ini turut menjalankan misi sosial untuk memupuk tabiat membersih tangan bagi melindungi kanak-kanak daripada virus. Oleh sebab tabiat ini dapat dipupuk dengan panduan ibu bapa dan guru-guru di rumah d...