Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

DATUK CHE MAT SERU GOLONGAN KAYA CEPAT-CEPAT BAYAR ZAKAT!

Siapa yang tidak ingin menjadi orang kaya, bahkan orang kayapun masih mahu menjadi yang lebih kaya lagi tapi bila dah kaya raya tu, janganlah tak bayar zakat.   Dalam temubual eksklusif team Mamanet, bersama Pengerusi  Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Ali, menyeru umat Islam menangkis tabiat yang mengatakan diri tidak kaya atau berada sedangkan segala-galanya lebih daripada mencukupi.   Sebagai seorang yang beragama Islam sudah pasti kita tahu bahawa zakat merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib kita laksanakan. Kewajipan tersebut kenakan bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mencapai nisab dan haul. Menurut beliau, sepertimana dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 103: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan jiwa dan berdoalah untuk mereka,…”   Kenyataan ini jelas menunjukkan Allah S.W.T akan membersihkan dan meny...