Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

SANTAI PETANG BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Semalam telah berlangsung majlis Santai Petang Bersama Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al- Bakri, anjuran Pusat Punggutan Zakat Wilayah (PPZ-MAIWP), bertempat di Restoran Terapung D’Saji, Kuala Lumpur. Majlis yang turut dihadiri oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan usahawan-usahawan ini diadakan untuk menyebarkan infromasi berkaitan kutipan dan agihan zakat di Wilayah Persekutuan, sekaligus menjawab apa sahaja persoalan atau kemusykilan yang sering bermain di fikiran masyarakat kepada S.S Dato’ Mufti. Lebih 100 orang peserta hadir dalam majlis ini.   Santai Petang Dapat Sambutan Menggalakkan Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan pelbagai pertanyaan yang diajukan. Antaranya tentang pembayaran zakat secara persendirian, terlupa membayar zakat fitrah Ramadhan yang lepas, konsep pengagihan zakat dan dilema harta pusaka. Semuanya dijawab oleh Dato’ Mufti dengan penerangan yang begitu teliti dan jelas sekali. Biarpun pertemuan terse...