Segera tunaikan zakat setiap kali mendapat gaji atau keuntungan. Namun, ia bukan perkara mudah bila ramai yang mengeluh tidak cukup pendapatan. Tekanan hidup sekarang membuatkan kebanyakan orang selalu berasa tidak cukup. Bukan hanya yang bergaji bawah RM3000 sahaja yang sering kesempitan wang, bahkan yang bergaji RM10 ribu ke atas pun turut berasakan perkara yang sama. Kenapa hidup kita tidak pernah rasa cukup? Hakikatnya kerana kita selalu mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding yang penting. Misalnya sementara menunggu gaji, kita sudah berangan-angan hendak membeli telefon baru, baju baru dan sebagainya. Sedangkan dalam hal menunaikan zakat, tidak kita letakkan sebagai keutamaan. Meskipun hanya 2.5 peratus sahaja gaji iaitu RM25 daripada setiap RM1000, kita selalunya gagal menunaikannya. Bagi mereka yang menyertaikan skim potongan gaji atau Skim Thohir, hal ini tidak menjadi masalah kerana potongan telah dilakukan oleh majikan sebelum gaji dimasukkan ke dalam akaun. Namu...