Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

BERZAKAT DI BULAN RAMADAN LEBIH BANYAK KEBERKATANNYA

Umat Islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadan mulai malam ini. Selain bertarawih, umat Islam juga akan berebut-rebut untuk memberikan sedekah dan membayar zakat. Hal ini dimaklumkan oleh Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ_MAIWP dalam satu sidang akhbar khas di Wisma PPZ, Kuala Lumpur pagi tadi. Menurut beliau, bulan Ramadan berbeza dengan bulan lain kerana keberkatan dan pahala orang yang melakukan kebaikan, akan digandakan oleh Allah SWT. Sebab itu, semua orang berebut-rebut untuk berbuat kebaikan misalnya dengan menginfakkan hartanya. Sesuai dengan sebuah hadis nabi mengenai seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi SAW, “Apakah sedekah yang paling afdal?” Maka Rasullulah SAW menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.” Justeru, dengan kehadiran bulan mulia ini, PPZ-MAIWP telah mengangkat tema “Ramadan Dinanti, Zakat Dihati” sepanjang kempen pungutan zakat selama sebulan ini dengan menggunakan hastag  #ramadanterbaik bagi pengguna media sosial untuk turut sama berk...

123MAMANET SALUR BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

Sepanjang Ramadan ini, pastinya umat Islam sibuk menyiapkan keperluan untuk bersahur dan berbuka sebaik yang mungkin. Bagaimanapun tidak semua yang bertuah diberikan kemampuan dan keupayaan untuk menyediakannya. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Atas kesedaran itu, portal media online www.123mamanet.com  (Majalah Harian Wanita) telah mengadakan program amal (CSR) Dari Hati 123Mamanet bersama MBSA, Program Eco Free  Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan baru-baru ini.  Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan YB Kota Anggerik, Najwan Halimiturut sama memeriahkan booth 123mamanet. Program #DariHati123mamanet ini merupakan salah satu usaha 123mamanet untuk turut sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan ibu tunggal menjelang Ramadan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Mereka yang memerlukan telah mendapatkan barang keperluan harian secara PERCUMA yang disediakan di Booth 12...

123MAMANET SALUR BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

Ramadan bakal menjelma. Pastinya umat Islam sibuk menyiapkan keperluan untuk bersahur dan berbuka sebaik yang mungkin. Bagaimanapun tidak semua yang bertuah diberikan kemampuan dan keupayaan untuk menyediakannya seperti ibu tunggal dan mereka yang susah. Atas kesedaran itu, portal media online  www.123mamanet.com  (Majalah Harian Wanita) akan mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA, Program Eco Free  Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Program #DariHati123mamanet ini merupakan salah satu usaha 123mamanet untuk turut sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan ibu tunggal menjelang Ramadan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Di samping itu, projek #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam dan para pembaca   www.123mamanet.com  agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan yang mengalami kesempitan hidup.. Kepada mereka yang memerlukan, silalah ber...

CARA BERKESAN UNTUK BERUBAH YANG MEMBERI IMPAK BESAR DALAM HIDUP ANDA

Semua orang mahukan hidup yang lebih baik tetapi tidak semua orang mahu berubah atau mahu meninggalkan ZON SELESA mahu pun ZON PANAS. Memang bukan mudah untuk berubah kerana bukan semua orang berani melakukannya. Namun, ia tidak mustahil jika ada kesungguhan. Untuk anda yang memang mahu berubah, saya kongsikan cara bagaimana anda boleh lakukan dengan positif. Kepada yang tidak mahu, terserahlah. Anda sahaja yang tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini. 4 TEKNIK UNTUK MUDAH BERUBAH: Rasakan Kesakitan Satu sebab kenapa anda tidak mahu berubah adalah kerana anda tidak terdesak atau tidak ada satu faktor yang mampu menjadi ‘turning point’ dalam hidup anda. Sebelum anda bertindak, cuba rasakan betapa sakitnya diri anda saat ini hingga anda rasa mahu menjerit. Contohnya, setiap bulan gaji anda habis untuk membayar hutang seperti rumah, kereta dan kad kredit. Bayangkan jika kad kredit anda ada 10 keping? Tahukah berapa banyak hutang yang ‘mampu’ anda hasilkan? Bayangkan betapa ‘kemewahan’ ...