Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

THE KL JOURNAL HOTEL JANJIKAN PENGINAPAN YANG SELESA & MENDAMAIKAN

ADVERTORIAL: Nikmati  suasana yang selesa dan cukup mendamaikan jiwa apabila anda memilih untuk menginap di sebuah hotel butik berprestij, The KL Journal Hotel.   Ketika merancang untuk bercuti, sudah pasti kita akan mencari tempat untuk beristirahat atau menginap yang mempunyai fasiliti yang lengkap, selesa dan menenangkan.   Jadi, jika anda mahukan suasana  yang mendamaikan, hiasan dalaman yang moden minimalis dan lokasi yang strategik untuk meneroka atau berjalan-jalan di tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur, pastikan anda memilih The KL Journal Hotel.   The KL Journal Hotel ini sangat strategik kedudukannya kerana ia terletak di tengah-tengah Kawasan Bukit Bintang. Antara 5-10 minit dari pusat membeli-belah Lot 10, Sungei Wang dan Pavillion. Senang sangatlah kalau nak bershopping! Jalan  kaki pun boleh. Lagipun MRT Bukit Bintang dan Manorail Bukit Bintang pun terletak tidak  jauh dari hotel ini.   Hiasan Dalaman Cukup Memikat Meninjau ke seluruh persekitaran hotel...

SK-II LANCAR 3 'MENTERA' UNIK CHANGE DESTINY EDISI TERHAD!

Cukup hebat, cukup berani dan cukup unik! Untuk kali ini, produk penjagaan kulit berprestij SK-11 telah meraikan para wanita yang berani memilih atau menentukan takdir hidup mereka sendiri dengan 3 ‘mentera’ CHANGE DISTINY.   “Jadilah Individu Yang Anda Inginkan. Perubahan Adalah Di Dalam Diri Setiap Individu Dan Perubahan Itu Terletak Di Tangan Anda, Yang Terukir Di Setiap Botol.”   Botol edisi terhad yang terbaru- SK-II Facial Treatment Essence – Change Destiny Edisi Terhad ini mempunyai ciri-ciri dramatik dengan tiga mantra Change Destiny yang unik iaitu ‘Be The Person You Decide To Be’, ‘Change Is In All Of Us’ dan ‘Destiny Is A Matter Of Choice’. Jadi, ungkapkan siapa diri anda dan apa yang anda mahukan dalam hidup ini!   Bagi wanita yang ingin menwujudkan keberanian dalam diri, anda perlukan keberanian untuk mengubah nasib sendiri. Anda perlu berusaha dan bekerja untuk terus mengejar apa yang diimpikan. Begitu juga dengan  kulit, kita bo...

MELAKA KAYA DENGAN BUDAYA, SAJIAN ISTIMEWA & AGRO TOURISM

Jadual hari kedua memang padat. Oleh sebab itu, saya menyambung sedikit catatan hari kedua di sini. Dari Melaka Tropical Fruit Farm, saya dan team Travelogue Malaysia menuju ke Homestay Ayer Limau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Ia turut menawarkan program Agro Tourism yang menarik.   Memandangkan lawatan kami di MTFF selesai sekitar jam 8.00 malam, maka kami tiba di Homestay Ayer Limau agak lewat. Namun, ibu bapa angkat kami tetapi setia menanti kehadiran ‘anak-anak angkat gadang’ ini.   Di sini kami dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki tinggal di rumah ibu Siti Zabedah Karim. Sementara kumpulan wanita pula tinggal di rumah ibu Kamsiah Jaafar. Maka bermulah kehidupan sementara kami sebagai anak angkat di Homestay Ayer Limau. Homestay Ayer Limau turut tawarkan Agro Tourism Rumah ibu Kamsiah tersergam indah dengan laman yang luas penuh dihiasi pokok bunga. Dulunya ada pokok anggur tapi sudah dibuang, katanya. Di tepi rumah ada reban ...

MENGGAMIT CINTA DI SYURGA LIBURAN MELAKA BUMI BERSEJARAH

Seawal jam 8.00 pagi, kami meninggalkan Kuala Sungai Baru menuju ke bandar Melaka bumi bersejarah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menikmati sarapan pagi di warung roti canai popular mutakhir ini. Seterusnya kami akan berkunjung ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar Melaka.   Sabtu dan Ahad merupakan hari paling sibuk di bandar Melaka. Jadi, bersedialah menempuh kesesakan kerana sama seperti orang lain, kita semua menuju ke sebuah syurga liburan kegemaran ramai.  Itulah keistimewaan Melaka. Rasa bangga jadi anak jati Melaka. Roti Canai Kayu Arang Umumnya juadah yang dibakar dengan kayu arang lebih sedap berbanding yang dimasak dengan cara lain. Di mana-mana saja di dunia ini, pembuat roti dan pizza pastinya berbangga jika memiliki dapur arang kerana roti mereka dianggap lebih original dan sedap.   Itulah antara rahsia mengapa Roti Canai Kayu Arang Melaka ini menjadi viral hingga setiap saat tiada kerusi kosong. Percaya tak? Kalau tidak percaya data...